.AUTOBOT RULES OH!.

.MEREPEK OH!.

mental state is unstable right now. any single move of picking on me is going to cause a huge catastrophe. im so effing serious.


Thursday, July 9, 2009

Kapkek & Fries

tak boleh tido. my gigi is buat hal. beliau baru mahu tumbuh.encik geraham bongsu.sakit oh. golek golek kat katil sambil blogging. ada ke. satu tab facebook, satu tab geek in the pink, satu tab bunga bundle.tsk.

nampak benda kiut bawah ni?se-couple fries dan sekawan kapkek. itu i panggil COMEL NAK MAMP*S!! i kagum org yg ber-seni macham ni.benci.jeles.hehehh.jujur oh.rasa maham nak je simpan wan anis sorfina dalam botol! :D thanks so much! siap dapat special gift lagi. sila jeles sekarang.

comel jek note itu mcm dotter kamu si NAJLA.
(thaks ye for the free gift!) ;>

itu mrs.bunga dan mr.bee

itu kami dan geng bas sekolah oh!
;)

suke!

encik gigi buat hal lagi.sakit betul!! oh kalau baby yg nak tumbuh gigi sungguh comel. tapi kalau org tua yg nak tumbuh gigi macham hina ok.langsung tak dapat simpati rakyat.tsk.habis nak me-tagih simpati kat siapa?oh oh.kalau ada petua sila la tolong ajarkan i.sob sob sob.... sila la kesian.




p/s : sakit gigi buat i rasa macham nak lempang org.sapa yg nak jd sukarelawan???

Tuesday, July 7, 2009

Tsk.Anda Nih Failed Laaaa...!

sebelum anda meneruskan pembacaan entri kali ini, sila angkat kedua dua belah kaki anda dan intai sikit bahagian heels tuh. apakah rupa bentuknya? jangan jawab dulu. sila baca ini kisah.

petang tadi disuatu tempat yg dirahsiakan (kerana si empunya diri yg bakal di-gosip bekerja disitu) i melihat seorang wanita yang langsing, tinggi lampai, kulit gebu bersih tsk macham telur dikopek. pakai shawls jalur jalur warna oren oren cokelat digayakan bersama tunics warna krim.jalan ke hulu ke hilir macham bagus sambil mulut bising bising marahkan intern yang ter-kial kial buat kerja. sekejap sekejap dengar dia speaking london sambil kitai kitai tangan yg dihiasi jam Guess terkini yg ala ala charm bracelet tuh. i tengok saja ini minah sambil berkata 'oh bencinya aku kat kau. dahlah chantik, pakai pulak jam guess kegemaran-ku.anak dato kah?'

sambil i pusing pusing kepala tengok sekitar,hampir nak boring, itu minah jalan dekat i and duduk kat kerusi berhampiran. tsk. perfume Bvlgari kau! Rose Essentielle. i sgt kenal ini bau pasal dulu masa tunang ini perfume jadi hantaran i. (nak jugak!!) maybe minah ni dah habis waktu kerja kot pasal jam dah pukul 5. dia pun seluk beg and keluarkan enset apatah besar macham Black Berry tapi bukan tapi hampir nak sama yg i assumed tentu mahal oh! handbag dia COACH yg hampton tuh walaupun i macham ragu ragu ori atau tak. jahitan kat handle beg tuh macham jahit mesin mak i punya jek.tsk.then dia msg2 dgn sapatah. touch screen oh!

i tgk itu minah atas bawah atas bawah dgn rasa sedikit menyampah and jeles. benci je tgk. then, mata i terus terpandang ke kaki minah tuh.nak tgk dia pakai kasut apa.than i ternampak situasi ini....bluwekkkkkkkkkk! muntah mayat katak perut pechah!hoihhhh!!!! nak muntah disitu jugak oh! i rasa perot i dah gatal2 nak gelak kuat kuat! longkang punya minah. dress up mengalahkan artis, pakai branded2 tapi kaki macham kaki lima petaling street!jijik oh jijik oh! then i pandang balik muka minah itu yg bersih mulus gaban segala. i pandang je sambil senyum senyum sumbing. lantas tanpa segan silu, mulut puaka i pun bertanya;

'kak, kat department farmasi takde bagi ubat cracked heel eh??'

and the minah was like...
hahahaha-apa guna oh muka first class tapi...tsk.... :) *ambil perhatian semua*

ini pula heels peng-gosip. syukur alhamdulillah. walaupun muka i ada tak ada je, heels tetap menawan kalbu.hah!

dan sekarang-sila jawab soalan i yg first first tadi apakah rupa bentuk heels anda??? :D

Monday, July 6, 2009

Perasan Bagus Dan Diakui Bagus Adalah Dua Benda Berbeza

Satu pertanyaan. Ceh. Cam serius je pulak. Masih ingatkah anda (ni pehal pulak berbahasa baku segala ni!) scratched that. Okey, you guys still ingat tak kat kisah ketua pentaksir yang telah men-gosipkan i sebagai kejam tak berhati perut dan suka men-zalimi students coz anugerahkan mereka markah yang super duper rendah for their oral session?ingat kah?ingat kah?okey, bagi satu tepukan pengakap untuk mereka yang ingat, untuk mereka yang tak ingat lagi hampeh untuk yang macham “huh?apa ni?apa ni?aku macham tak tau papepun...” okeh sila tampar diri sendiri sekarang.

Pagi tadi, KP (Ketua Pentaksir) telah menziarahi sekolah i. Dengan satu misi dan cita cita iaitu mahu mensekodeng bagaimanakah i memberi markah kepada students during the oral session. Oh encik itu agak hensom ok.tsk.nasib baik dah tua.Ceh. Dan lagi nasib baik hari ni i macham pakai lawa lawa.siap pakai kebaya tudung lilit lilit.tsk.anggun ah. Maka dengan self esteem yang kejap naik kejap turun, kejap kang macham blur blur kami pun duduk side by side kat library (tsk.rasa macham juri AF pulak) dan sesi oral pun bermula. 10 pelajar terpilih telah dipanggil and koordinasi markah pun dijalankan. Sepanjang tu i memang kontrol muka serius and thoughful habis walaupun dalam hati rasa nak gelak bila one of the student sebut ARMAGEDDON sebagai a-ma-ge-don and bukan a-ma-geden. Tsk. Funny nak mampos. Kembang kempis perot tahan gelak oh. Tapi bila tengok encik itu buat muka serius macham perot cramp sebab period pain, i pun tak jadi ketawa. Gila kau?

1 jam berlalu.Sesi oral tamat.

And now it’s time to hear the verdict.

And KP itu cakap apa mahu tahu? Angguk sekarang sambil buat muka excited.

Dia kata (setelah ditranslate ke bahasa melayu);

“mula mula saya ingat awak tak tau apa yg awak buat. Saya ingat awak simply bagi markah pada students. Tapi bila dah buat koordinasi and dah tengok cara awak tanya soalan balas pada students, cara awak reward the marks, awak sebenarnya di track yang betul walaupun baru setahun awak jadi cikgu.and saya rasa students yg dapat lowmarks tu memang mereka berhak dgn markah tu.tahniah. teruskan kerja cemerlang ni.”

Dangggggggg!

(l_l)’

Nak i cakap banyak banyak lagi ke?

SILA KATA I HEBAT SEKARANG.

(tapi ada satu misteri.mari kita selesaikan bersama. Sepanjang sesi tuh, i asyik bau kentut saja.hmmmm???)

muka ber-gembira lepas azab dunia.

muka kontrol cun tapi tak jadi sangat.tangan kak jaja ganggu kosentrasi oh!


DUNIA DA PERKARA PERKARA YANG BEST (SIGHS)

Saturday, July 4, 2009

Dah Bukak. Selamat Mem...Errr... Apa Apa La...


Kedai Bundle Bunga

Tak tau la...
dapat sambutan atau tak...
;(
serious shit rasa seram sejuk...
tapi...bila tengok wardrobe yang sendat dengan baju2 lama+baru...
ada yg tak sempat pakai lagi tapi dah rasa menyampah dah...

mana tau...
kot kot...
i pregnant dan tak boleh muat lagi semua itu...

tsk...

sedey...

so...
i fikir nak bukak 1 blogshop...
yang tak kelepet orang la of cos...

tak kisah la...
ader buyer ke tak...
i kan perasan glamer...
hoho....

nanti akan dilaunching kan...
items macham Levi's Authenthic jeans, long sleeves, sleeveless, handbags GUESS...
VINCCI heels yg tak pakai pakai sejak beli...

oh support la saya...

love.

BUNGABUNDLE

Teringat... (Tsk.Memori Daun Pisang Oh!)




.tsk.
mana boleh lupa malam itu.
malam ber-sejarah dimana dua kuasa hebat,
bergabung...
then terus menjadi kuasa autobots paling dasat
di alam SEMESTA!!!

Friday, July 3, 2009

Rindu MJ Terubat Bila Tengok Lan PetPet (Amende Kau!!)






berapa lama masa i ambik untuk post ini entri.entri yg supposedly i post masa dunia sedang hot dengan kepergian lagendary icon dunia-MJ.tsk.puas ah pujuk hati cakap "ala..apa yg big deal sgt.he's dead anyway." dem you clarence.tak senang oke nak lupakan MJ macham tu je.ibarat kau putus chinta dan tak boleh lupekan ex-gf/bf kau.mungkin akan ambil masa.MJ bawak pengaruh besar dalam hidup i.bukanlah dia pengaruh i untuk wat plestik surgery atau jadi mat rempit ke ape tapi melalui lagu lagu dialah i belajar english oke.sumpah terharu oh.lagu pertama yang i still ingat and di-rembat lantas di- jadikan sebagai bahan pembelajaran adalah lagu 'BEN'.tsk.sayu betul.rasa macham semalam i tengok Billy Gilman nyanyi itu masa 30th anniversary MJ (google kat youtube jumpe pulak itu vid!~) sedih oh.dari mamat itu hitam sampai putih sampai cam apetah tuh i memang setia oh.

kalau dia masuk AF mesti takkan ada komen komen sial cam "u tak move!!!" "penghayatan kureng la dik nonnnn!gali lagik lagik!dalam lagik!" "you tak faham makna lagu pasal tu u tak bagi sepenuh jiwa..."oh boring. MJ lain okeh.penuh ekspresi.lagu apapun,MJ sure nyanyi cambest and cool giler siap bling bling kat baju.tsk.harus ah bagi lagu enjit enjit semut pun confirm MJ boleh kasi malatop.i rindu u MJ.i always does.

bodoh ah adik i cakap "kau rindu MJ kau tengok Lan PetPet la..."dem kau embun.dem kau!

MJ-may your soul rest in PEACE.amin.

Wednesday, July 1, 2009

Merangkak rangkak buat muka paling kesian.tsk

makkk...bleh tak esok tak payah sekolah?keje sekolah tak siapppp.... nak demammmmm... ;(

Tuesday, June 30, 2009

Rasa Rindu Yang Sakit...

i rindu nak tengok dvd back-to-back dari after isya' sampai nak dekat subuh.rindu nak ke hulu ke hilir just pakai boxer dan sleeveless-rindu nak bebel bebel dengan HAI sampai pagi pagi buta siap hafal ayat rutin yang i selalu cakap kat HAI kalau dia dah takleh nak stop dari babling "HAI kau bersuara lagi sekali aku pijak perut kau." kedengaran agak brutal dan kejam tapi i rasa itulah ayat yang paling ber-friendship sekali. rindu oh ber-gosip dengan teman teman tidur (kalau HAI balik kampung or pegi mana mana dan tak balik malam maka wanita wanita simpanan i akan temankan i tido malam.geli manja.) SUE-JEN-AYIE-tsk.semua lah. rindu nak bangun sahur dengan HAI tapi last last mata terkebil kebil pandang menu ber-sahur yg tsk sedih habes.rindu nak beratur depan ATM every semester open tapi kecewa bila baki akaun tingal RM12.43 (PTPTN tak masuk lagi!)

i rindu semua tu. i tak banyak kawan during my undergraduate years. but i've found quite a number who undisputedly turn themselves in and be my besties forever.

Tribute to : HAI (first person mad with~hohoho),NIZA(first person annoyed to~heee),SUE(first person envied with),KOI (first person laughed with),KETET (first person spoken to),FAZRUL (first jogging mate). life will never be the same without you guys.

Monday, June 29, 2009

Patah Hati


i pun tahu patah hati.tsk.tahun ini dah macham tahun patah hati.dem~pernah sumpah pada diri sendiri tak mahu nangis lagi (oh nangis kerana kaki tersepit pintu masa induksi tu tak kira eh.tu sakit oh!) apa cool-nyer kalau terpaksa tekup muka pakai bantal then nangis semahu mahunya sampai mata bengkak dan badan serta tangan calar balar?(ini effect saja ye.sekadar ambil contoh dari filem melayu.harus la nangis tapi mascara melentik lentik oh!) kadang kadang rasa penat.give up pernah jugak terasa rasa.

"As you grow up, you will learn that even the one person that wasn’t supposed to ever let you down probably will. You will have your heart broken probably more than once and it’s harder every time. You’ll break hearts too, so remember how it felt when yours was broken. You’ll fight with your best friend. You’ll blame a new love for things an old one did. You’ll cry because time is passing too fast, and you’ll eventually lose someone you love. So take too many pictures, laugh too much, and love like you’ve never been hurt because every sixty seconds you spend upset is a minute of happiness you’ll never get back. Don’t be afraid that your life will end, be afraid that it will never begin."

kau sebenarnya tahu yang aku kecewa.tsk.


.my effing awesome autobot.